Dec 5, 2010

aduhai.....

pegh... 
dah lama x update blog ni.....
ak skrg kat kolej jadik susah sgt nk updat sbb internet kat sini "LAJU' sangat mcm siput bab!!...
so ak just tgk2 jer blog org lain.... blog sndri dah berabuk pun....
ni pon nasib baik mood wifi kolej ak ni baik bleh sapu sampah update kat blog ni....










Nov 26, 2010

macam2 ada...

 haahaa,.... ak pon xtau nk wat tajuk pe... sbb paler hotak otak ak ni dah penin mgkin sbb sakit gg @ nk masuk kolej esok... giler besh dok umah  ni.... esok pg2 lg gerak ke key el la untk sambung perjuangan mununtut ilmu y xde penhujungnya(ayat skema jawapan).... ni la ari last ak nk on9 kat rumahku syurgaku ni...
ops terlebih sudah.... 
sbnar ak nk share ngan korang la laman sesawang y slalu ak nk donlot movi2, lagu2, porn program software pc ak ni, video2 y besh2 pon ade gak....
pas tu korg bleh nk sembag2 ker, kenal2 org lain ker, mintk pandangan pasat gajet2 ker, teori ker, sbb diorg ni sume specialist(hoohoo) dalam bidang masin2....

ni la die....


|klik kat pic ye...|

mai sini ak nak cite sikit er... xbyk pon....

kat sini korg bleh nk cari moveee2 bru dan lama....
carik lagu2 ke...
cerita y main kat tv ker....
software2 pc y latest ker....
kepada yg giler anime pun ada....


bak kate org macam2 ada.....
xrugik pon korg join forum ni...
tmbah isi dalam pc korg gak....


 PS :kalu krg nk masuk jiwang tuh klik jer kat pic tuh...
automatik masuk kat web tuh....
xyah nk susah nk mencarik kat pakcik GOOGLE @ makcik YAHOO tuh....

Nov 24, 2010

ikan pon ada yang halal ngan haram????

giler la bosan... ingt ari ni dah beh balik kolej...tp tiket plak xde(padahal x g cari pon) so diam x diam dah sebulan ak melepak kat umah.. asyik dok bangun tido makan pas tu tgk tb jer... pas tu tido balik... tuh la rutin harian ak dok kat umah... tp bkn y ni ak nk kong ngan korg... korg pernah dgr ker ikan halal ngan haram???
ak mule pon x brapa pasti sgt bnda ni tp... korg bca la sndri....



Seorang rakan memberitahu bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya aku sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi).


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal



Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 

· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak




Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 

· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 



Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 




Salam Ukhuwah..~

PS : pas ni kena tgk2 la lu laku nk bli ikan keli ni...
dah la ikan ni feberet aku....
Selepas aku baca cerita in baru ak paham kenapa ikan boleh aa yang haram dan halal... 

Nov 22, 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

tadi dok sibuk chat pas tu mamber ak ni post la satu article pasal mata laki ni.... 
menarik gak la isi yg cba dia nk sampaikn ni...
jadi dgn kepandaian ak nip pon ak kopi ngan pase je la....
mana la tau ada org y nk baca kn....
ayat y dia guna pon best dan menarik...





Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.



Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.



Bila berkata tentang terpikat,

maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.



Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.



Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang

perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.




Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka

mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat

bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.



Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?



Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika

kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.



Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis

penyakit,iaitu mata

lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika

ia terlihat warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….


credit to ilovislam.com

Nov 21, 2010

pikir sebelom cakap... tengokla....

korgang pernah dgr x justmate5 dr rozmey la.... konfom korg kenal kn ngan mamat ni.... pas tu skrg dia dok wat movi plak citer 2 alam... org nk wat filem dia pon nk wat gak... ni er poster die.... yg penting tuh gak gambar ddr(d.rozmey) kat poster ni.... pas tu siap canang 1msia ni bleh kutip 40 juta.... pilem olewod pon masuk msia pon xsmpai 20juta ni kn pilem die ni... baik dia jual mate5 jer....






pas tie tngguh2 nk tayang ni gtau sume org pasal filem die ni gempaq la... best la... tu la.. ni la... smpai dia target kutipan smpai 40JUTA beb... bkn 40sen.. 40 ringit... 40 dolar... 40 JUTA.... padahal dok sembang jer....

pas tu ak selak la page kat facebook ddr ni mcm2 ak jmpa...
klaka pon ade gak....

korg bkk fb pas tu klik search "rozmey".....

deng..deng....




punyala fenatik "syg" ddr ni smpai buat page kat ddr ni....





tp ad gak org suke....



 smpai 4 page (y ak sempat bkk la sbb ngantok ni..) peminat fanatik ddr ni wat page kat die.....


ni ayat abis pancing giler....



pas tu ad plak setiausaha agung pbb pon komen..... ni comen beliau.....



barak pon nk mengomen gak ker???



pabila pak geoge ngan kak ita dok sembang.....




pakcik seekers gtau ddr ni dah kena rasuk antu ni....



ni pas abis2 jer lawan badminton teros lin dan bkk fb comen...


rosmah pon "turut" mengomen ddr ni....
dpt wet lebih ni....



ada lg ker????
korg g la tgk kat page ddr ni sndri...
malas ak nk pikir pasal die ni kn ak dpt pon 4o JUTa tuh...
baek ak g tido.....
haahaa......

ps : klik gmbo kalu nk jelas....